WARTA 24 NUSA TENGGARA TIMUR

Daftar Gratis!

Ketikan alamat email anda. Gratis!

Delivered by FeedBurner

'Rasa berbeza...'

Posted by On 20.42

'Rasa berbeza...'

Syafil Syazwan Jefrisyafil.syazwan@hmetro.com.my

Seri ibu mengandung. Itulah yang dapat digambarkan saat Nora Danish muncul pada acara pelancaran produk dan bersiap sedia untuk ditemu bual.

Walaupun kandungan sudah mencecah tujuh bulan, wajah figura popular ini tidak lekang dengan senyuman manis saat menjawab pelbagai pertanyaan.

Meski bukan kehamilan pertama buatnya, pelakon berusia 36 tahun itu mengakui kali ini sedikit berbeza daripada pengalaman mengandungkan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

“Ketika mengandungkan Rayqal, usia saya dalam lingkungan 20-an. Kali ini, usia saya sudah 30-an dan tentunya ada perbezaan dirasakan,” katanya.

Menurut isteri kepada Nedim Nazri Aziz itu, kali ini dia kerap sakit di bahagian tulang pinggul.

“Mungkin kerana faktor usia. Lagipun, saiz bayi dalam kandungan juga besar. Kali terakhir saya hamil adalah sembilan tahun lalu.

“Dek selalu sak it tulang pinggul, saya menggunakan kerusi roda untuk bergerak selama tiga minggu. Alhamdulillah, sekarang semakin okey,” katanya.

Sambung Nora, apabila menggunakan kerusi roda dia dikecam netizen yang menganggapnya mengada-ngada.

“Saya sentiasa berfikiran positif. Disebabkan itu saya tidak membaca komen negatif yang mereka tulis di media sosial. Saya tak mahu jiwa jadi kacau kerana kritikan itu,” katanya.

Berkongsi lanjut pengalaman hamil kali ini, Nora berkata semuanya berjalan lancar malah dia tidak mengalami alahan teruk.


NORA Danish dan Nedim rahsia jantina bayi untuk beri kejutan pada peminat. FOTO Aziah Azmee

“Kali ini tak banyak ragam. Saya tak mengalami alahan, makan pun okey begitu juga jadual tidur. Pendek kata semuanya teratur dan tak ada masalah,” katanya.

Bukan hanya Nora dan suami teruja meny ambut kelahiran bayi mereka, Rayqal juga tidak sabar mahu bertemu adiknya itu.

“Rayqal sangat teruja. Sebelum ini pun, banyak kali dia meluahkan keinginan untuk ada adik dan minta saya banyak makan.

“Dalam fikirannya, dengan makan banyak saya boleh hamil dan dia akan dapat adik.

“Selalu juga dia menyentuh perut saya dan bercakap dengan adiknya. Sebelum tidur, dia akan bacakan doa di perut saya,” katanya.

Rahsia jantina anak

Mahu memberikan kejutan kepada peminat dan rakan media, Nora dan Nedim merahsiakan jantina bayi mereka.

“Kami dah tahu jantina bayi tetapi mahu beri kejutan kepada semua. Hanya keluarga dan teman rapat yang tahu.

“Setakat ini kami sudah beli persiapan bayi. Tak terlalu banyak, kami berbelanja secara sederhana,” katanya.

Ditanya mengenai nama bayi, Nora mengakui dia dan suami sudah menyenaraikan beberapa nama yang dirasakan sesuai.

“Apa yang pasti, nama bayi kami akan bermula dengan huru f N. Itu saja yang dapat saya kongsi,” katanya.

Bercerita mengenai kesinambungan kerjaya seni selepas bersalin, Nora berkata dia ada beberapa rancangan.

“Lama juga saya tak berlakon dan rindu kembali beraksi. Jadi, selepas bersalin dan berpantang, saya akan dapatkan semula bentuk asal badan. Selepas itu saya akan kembali berlakon.

“Suami menyokong hasrat saya dan dia sendiri akan jaga anak kami nanti. Saya akan pastikan jadual kerja tidak terlalu padat dan perlu disesuaikan dengan situasi,” katanya yang semakin bersemangat mendalami dunia perniagaan apabila produk kecantikan yang diusahakan, Oh Most Wanted mendapat sambutan positif di pasaran.

Bulan ini dan Februari, dua filem lakonannya, Makrifat Cinta dan Bukan Cinta Malaikat akan ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Sumber: Google News | Warta 24 Ngada

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »