WARTA 24 NUSA TENGGARA TIMUR

Daftar Gratis!

Ketikan alamat email anda. Gratis!

Delivered by FeedBurner

Suri rumah tinggal sehelai sepinggang

Posted by On 20.04

Suri rumah tinggal sehelai sepinggang

ALOR SETAR - Seorang suri rumah tinggal sehelai sepingang apabila rumah didiami bersama ibunya musnah dalam kebakaran di Hujung Kampung, Jalan Sekolah Alor Merah, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 malam semalam, dua rumah, sebuah kereta dan motosikal musnah hangus dijilat api.

Sholehah Mohd Arop, 53, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan barangan berharga kerana kebakaran berlaku amat pantas.

"Sebaik menyedari kebakaran berlaku, mak cik tidak mampu berbuat apa-apa kerana hanya memikirkan keselamatan diri dan ibu, Mah Hussain, 82.

"Mak cik hanya sempat mencapai kad pengenalan yang sedang terbakar, sambil memimpin ibu keluar dari rumah. Dalam tempoh 10 minit sahaja, semuanya dah rentung," katanya.

Sholehah berkata, dia sekeluarga menanggung kerugian hampir RM100,000 apabila semua barangan elektrik dan perabot musnah dalam kebakaran itu.

Menurutnya, dia dan ibu kini menumpang sementara waktu di rumah jiran berdekatan rumah keluarnya yang terbakar itu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.29 malam, semalam.

Kata beliau, sebaik tiba di tempat kejadian, bomba mendapati dua rumah kelas C, sebuah kereta dan motosikal musnah dalam kebakaran itu.

"Susulan itu, sepasukan 14 anggota dan dua penyelia diketuai Timbalan Penguasa Bomba Mohd Helmi Abu Husin memulakan kerja penyelamatan dan memadamkan kebakaran," katanya.

Menurutnya, operasi pemadaman api dibantu anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Jalan Kundur, Sungai Korok, Kampung Berjaya dan Seberang Nyonya.

Kata beliau, pihak bomba akhirnya mengawal api lebih kurang jam 7.46 malam, sebelum dipadamkan sepenuhnya jam 8.13 malam.

Katanya, tiada kemala ngan jiwa dilaporkan, manakala punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • Rumah kongsi dalam bangunan terbakar Rumah kongsi dalam bangunan terbakar PETALING JAYA - Rumah kongsi di dalam sebuah bangunan yang dipercayai menempatkan beberapa pekerja terbakar dalam kejadian di Persiaran Sultan, Kota Damansara, dekat sini, hari ini.
  • Bomba   Rumah Pesuruhjaya Pas Sarawak terbakar MIRI - Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee, 50, melecur pada kedua-dua kakinya dalam kebakaran yang berlaku di kediaman dua tingkatnya di Kampung Luak Bay jam 1 pagi tadi.
  • Rumah terbakar ketika beli surat kha   bar Rumah terbakar ketika beli surat khabar JERTIH - Dua warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah diduduki mereka hangus dalam kejadian kebakaran di Kampung Tandak, pagi semalam.
  • Rumah terbakar: Mok Nab mohon bantuan rumah Rumah terbakar: Mok Nab mohon bantuan rumah KOTA BHARU - Keluarga Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19, yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini hangus terbakar dipercayai akibat api misteri memohon bantuan pihak tertentu untuk mendapatkan kediaman baharu.
Sumber: Google News | Warta 24 Alor

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »