WARTA 24 NUSA TENGGARA TIMUR

Daftar Gratis!

Ketikan alamat email anda. Gratis!

Delivered by FeedBurner

Pemandu treler tersepit 20 minit

Posted by On 20.04

Pemandu treler tersepit 20 minit

HM Digital

Alor Gajah: Seorang pemandu treler tersepit kira-kira 20 minit selepas kenderaan dipandu merempuh sebuah treler lain di Kilometer 214.8, Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran susur keluar ke Simpang Ampat di sini, jam 5.40 pagi semalam.

Akibat tersepit di tempat duduk pemandu, kedua-dua kaki lelaki berusia 56 tahun itu cedera parah dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan bomba.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kemalangan itu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai mahu mengelak sebuah lori membawa muatan sayur yang terbalik sebelum terlanggar belakang treler dari arah sama yang berada di depannya.

“Mangsa melihat sebuah lori membawa muatan sayur terbalik, kira-kira 100 meter di depan, namun ketika mahu mengelak, dia dipercayai gagal mengawal teler dipandu lalu melanggar belakan g treler lain.

“Mangsa dipercayai mengalami patah kaki, namun kami sedang menunggu laporan daripada Hospital Alor Gajah (HAG). Bagaimanapun, pemandu lori sayur yang terbalik dan sebuah lagi treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, treler dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, manakala sebuah lagi treler dari Songkhla, Thailand menuju Singapura.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Google News | Warta 24 Alor

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »